Assalamualaikum semua!! :)
Ya allah lamanya tak update blog. Dah terlampau usang dah rasa. Sangat sepi. Alhamdulillah masih lagi dapat bernyawa dibumi Allah yang Indah ini. Masih lagi merangkak untuk mencari jalan yang terbaik untuk teruskan kehidupan pada masa hadapan kelak.
Dikesempatan ini, saya just nak update blog pasal Tajuk yang telah saya tuliskan :)
DON'T JUDGE PEOPLE BY THEIR LOOK.
Orang zaman sekarang ni pantang tengok kebahagiaan orang tau. Nampak tak betul sikit dah pandai menghukum. Al maklum lah kita sedia maklum dunia sekarang sudah dunia akhir zaman. Ya Allah kenapa lah aku hidup didunia zaman kini. Yang penuh dengan penipuan dunia, yang penuh dengan kesombongan umat manusia. Apa apa pun aku masih bersyukur kerana masih berpeluang mengenali hitam putih manusia zaman kini. Kita, bila tidak mengenali seseorang itu dengan lebih mendalam atau lebih dekat kita mungkin tidak tahu kisah kehidupan dia sebelum ini. Mungkin dia datang dari keluarga yang bermasalah ataupun mahu berubah ke arah mendapat hidayah Allah Swt.
Hanya kerana wajah, mereka dihukum. Dihukum bagaikan mereka membuat kesalaahn membunuh manusia di dalam dunia ini. Mereka dipandang hina tanpa sebab. Dipandang serong. Dipandang sebelah mata. Kerana apa? Kerana kebencian seseorang manusian itu ataupun kesombongan sesorang itu pada yang dihukumnya.Adakah perkara sedemikian adil? Tak bukan? Kalau korang pun, korang tak suka kena judge dengan orang yang tak kenal korang. So kepada yang suka sangat judge kehidupan atau paras rupa orang, boleh bawak bertaubat kerana perbuatan korang buat itu adalah satu dosa yang telah korang kumpul atas dosa sediri.
Sekian.
Jangan pandai-pandai menghukum orang kerana anda langsung takda hak atas semua tu. Anda bukan Pencipta Kami. And hanyalah umatNya sama seperti kami. Assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment