Search This Blog

Thursday 8 May 2014

PRA-UNIVERSITI (SISTER MODULAR)

Assalamualaikum semua!!! Hi. Apa khabar? Dah berhabuk dah blog. Sangat lama tinggalkan dunia blog sebab sibuk dengan dunia pelajaran. Konon je.. So skrg, I dah lepasan SPM. Alhamdulillah result SPM memuaskan. :) Dan skrg, sedang melanjutkan pelajaran di peringkat STPM(Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia) iaitu Tingkatan Enam. Syukur ke hadrat Ilahi masih diberi peluang untuk belajar, selagi mampu. Alhamdulillah dapat tawaran masuk ke Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar, Kuantan. Salah satu sekolah Kluster di Kuantan. Syukur sangat sebab sekarang nak dapat form six hanya yang berkelayakan sahaja. Dan sangat gembira kerana dapat berapa dalam list "berkelayakan" tu :)

Mula-mula dah niat taknak aim form six sebagai fast trek. Tapi dah dapat sebelum UPU. Result UPU pun belum keluar lagi. Daftar jelah. Redha lah bak kata ramai.. Mula2x taktahu juga apa kelebihan dan kekurangan Ting.Enam ni sebenarnya. Bila dah siap daftar apa semua. Cikgu tanya siapa yang niat nak stay, I angkat jela tangan. Sebab...ada banyak sebab. Nanti I listkan.

Bila dah hari ke-3(Hari ni) baru tahu "kelebihan" Ting.Enam ni apa. Banyak sangat kelebihan dia. Kalau nak dikatakan memang salah satu jalan singkat nak ke Ijazah(Degree) Nak tahu apa kelebihan dia? Moh sini baca!
1-Pelajar STPM akan diutamakan dahulu didalam sistem UPU berbanding lepasan lain2x.
2-Pointer setakat 2.0 dah layak masuk U. Tapi nak selamat kena lah pointer 3+. Berbanding Dip, nak sambung Ijazah kena pointer 3.5.
3- Jimat masa. Kalau Ting.Enam just 1tahun setengah. Sambung Ijazah 4tahun. Baru 5tahun setengah. Kalau Dip, 3tahun dip, 4tahun ijazah. Mean keseluruhannya ialah 7tahun. Mana lagi jimat masa?
4-Kos pengajian. Ting.Enam ni free of charge! Kertas soalan STPM, Yuran, Asrama(kalau stay) semua FREE! Ditaja oleh Kerajaan. Kalau diploma, kena bayar kan? Itu kelebihan Ting.Enam.
5-Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia diiktiraf oleh Cambridge Universiti. Kalau nak sambung pengajian ke luar negara, dia akan utamakan pemegang STPM. Dip, Matriks & Asasi dikira kedua selepas STPM. Sebab STPM ni sudah dikira A-Level di luar negara. So agak2x mana lagi tinggi? :)
6-Last but not least, sebelum korang buat keputusan mana nak sambung. Form six BAHARU skrg sedang jalankan sisterm Modular iaitu sistem berpenggal. Di panggil SEMESTER. Form six ada 3 semester sahaja. Setiap hujung semester akan ada exam STPM. 3kali exam, baru kira pointer, tolak bahagi semua baru dapat pointer keseluruhan. Semester pertama, hanya belajar beberapa tajuk sahaja dan terus exam. Masuk semester dua, tajuk yang kita belajar semester pertama itu sudah tak perlu hafal. Kira sampai situ je. Semester dua, tajuk lain. Dia akan ambil kira pointer dari semester pertama sampai akhir. So jangan main main sampai lah habis STPM yang SEBENAR!! So sangat senang bagi sistem penghafalan. Tak pergi hafal banyak2x bila dah start sistem baru kan.
7-Kalau nak dibandingkan GAJI apabila kita dah tamat belajar dan dah start bekerja, semesti GAJI pemegang STPM lagi banyak daripada Diploma. Taknak cakap banyak, sebab ni semua FAKTA. Kalau tak percaya, pergi rujuk cikgu2x yang berpengetahuan luas tentang sistem Ting.Enam ni :)

I rasa sangat bertuah kerana I adalah tahun ke-3 sistem ni dijalankan.. Dulu teragak2x juga nak pilih Ting.Enam ni sebagai salah satu tempat pengajian. Tetapi Allah dah tetapkan disini, kita takboleh juga nak buat keputusan yang selanjutnya. Yang penting, dengar pendapat dan sokongan daripada ibu bapa. Kerana keberkatan dan restu apa yang kita belajar semuanya diatas ibu bapa kita. And one more thing before I forgot. Nak masuk form six ni kena RAJIN BELAJAR. JANGAN SKIP KELAS. JANGAN PONTENG. JANGAN BUAT KERJA BERTANGGUH & yang paling penting sekali ialah PANDAI MENGURUSKAN MASA DENGAN BIJAK. Sebab Ting.Enam ni hanya 1TAHUNSETENGAH, tak cukup nak ulangkaji. Bila ada masa free, jangan buang masa. Belajar belajar dan belajar!

Takda apa yang senang dalam hidup ni. Pupukkan sifat positive dan ingin belajar apabila berada di Ting.Enam. & JANGAN SALAH PILIH KAWAN. Keputusan semua ditangan anda. Kalau rasa nak fast trek, ikut lah cara ni. Kalau rasa tak mampu nak struggle untuk jangka masa pendek ni, jangan ambik.