Assalamualaikum semua. Hi hi siapa rindu saya angkat kaki! Hehehe ada orang angkat tak? Siapa angkat tu memang sayang cayew lettuw~ Ahaks! Korang semua sihat? Alhamdulillah kehendak-Nya. Takda orang nak tanya ke saya sihat ke tak? Sedihnyaa :’( *lap hingus*
Harini nak cerita pasal Penipuan Sindiket. First at all mesti family korang pernah alami semua ni kan? Kalau tak family pun mesti korang pernah. Ada yang layan ada yang tak layan. Yang tak layan tu memang bagus sebab dia bukan orang jenis yang cepat terpedaya. Yang percaya tu maybe lurus sikit. Okay ni makan kaki, heheh sorry cakap je. Pendapat saya. Hikhok!
Kakak saya pun terkena sebenarnya. Sebab tu saya ada terasa nak buat entry pasal sindiket ni.
Pada suatu hari saya terdengar kakak ipar saya menjawab panggilan seorang lelaki. Masa tu tengah kerja, saya ada dekat situ juga. Pelik juga kenapa kakak cakap lama sangat. Macam ada hal penting je, tapi kalah businessman. Orang tu cakap 'Anda telah memenangi rm5k kerana cabutan bertuah POWER ROOT. Tetiba power root? Sejak bila kakak haku minum tah -__- Ceh. Camni ceritanya............
Sindiket tu call, suruh pergi bank CIMB. Konon nak ambil duit lah. Hahaha lawak. Then kakak saya yang lem sikit tu pun pergi ikut je. Nasib saya follow prgi bank, kalau tak memang habis camtu je ah duit dalam bank tu. Lain kali jangan cepat terpedaya. Yelah kan siapa taknak duit? Kalau Allah kasi rezeki tepi jalan pun kita boleh dapat. Tak gitu? Masa sampai bank tu kakak masih otp dengan orang tu. Sampai je bank, orang tu suruh pergi dekat ATM. Whut?! Pelik. Kenapa tak pergi kaunter je tanya ada tak hadiah pemenang cabutan bertuah POWER ROOT. Then dengan lurusnya kakak pergi ikut je cakap dia....
Sudden orang tu suruh check ada tak topup rm1000. Wtf topup rm1k?! Siapa ajor? Heh limit dalam bank tu topup rm100 jeh. Nampak sangat dia taktahu benda. Ni lah kerja orang kuat menipu -,-' Makan duit hareeeeeeeeeem! Then kakak pun pergi tekan topup rm100 tu then masukkan number orang tu. Konon pendahuluan lah dapat rm5k dengan bagi topup rm100. Then i was lik, woi jangan terperdaya! Saya tarik kakak saya then cakap jangan tekan confirm! Fuhhhhhhhhhhh, nasib tak tekan. Then kakak give up, at last dia tahu tu penipu. Lemb lemb....
Kakak bagi phone tu dekat saya untuk saya menguruskan panggilan itu. Sebab kakak tahu mulut saya best sikit memerli orang. Kah kah. Here our conversation :
Me: Yeee tak payah nak menipu sangat lah kan?
Him: Mana cik tahu saya menipu? *sleng indon/jawa*
Me: Alahai aku dah banyak kali kena lah benda ni. Ingat aku bodoh sangat ke? Bye *tutup call*
Sudden dia call lagi....*angkat*
Me: Ye nak apa lagi?!
Him: Kenapa cik letak call? Saya masib belum habis bercakap.
Me: Nak cakap apa lagi? Dah lah weh, kalau Allah nak kasi duit tepi jalan tu pun aku boleh dapat lah 5ribu. Bla bla bla *panas dah ni*
Him: !@#$%^&*)*)@#^$ *DIA MENCARUT!!!!!*
Me: Oh yekee silakan mencarut lagi yee? Setakat RM5RIBU AKU DAH ADA LAH DALAM BANK!
Him: *still mencarut*
Me: *letak call*
Dia call lagi.............
Me: Woi nak apa lagi gila?!
Him: Saya tak tipu. Ini betul. *dia kata dia tak tipu? tadi kemain mencarut? noob*
Me: Ouh takpalah, jangan ganggu aku lagi bolh tak? Aku report polis kang! *ugut*
Him: Report lah, saya dah bagi kerjasama dekat polis. REPORT LAH REPORT *seolah-olah tak bersalam & tak takut*
Me: Oh okay kejap nak pergi celcom center nak tengok private number ni duduk mana. Byee ASSALAMUALAIKUM!!
Disebabkan dia call guna private number, so tak dapat nak kesan. Sebenarnya tak pergi buat report pun, saja test ugut. Kah kah! Macam tu lah jalan ceritanyaaa. Jangan cepat terpedaya dengan sindiket penipuan cabutan bertuah ye? Saya yang tak terkena ni pun boleh cepat je pick up.
JANGAN CEPAT TERPEDAYA. KALAU ALLAH NAK KASI REZEKI, DEKAT MANA MANA PUN BOLEH DAPAT :)
No comments:
Post a Comment