Hehehe sihat semua? Alhamdulillah. Saya sihat walafiat. Eh ada orang tanya ke? Takde eh? *lap hingus*
Setelah beberapa hari kembali ke sekolah setelah cuti seminggu. Eh yekee? Entah saya tak ingat bila cuti mwhahahaha k. Saya nak cerita ni pasal h-aaaaa-n-t-uuuu. Eh tak tak! Histeria u_u
Bismillahhirahmanirohim... Minggu lepas hari Jumaat-Ahad sekolah saya ada buat camping. Camping dekat sekolah je. Khemah dekat padang sekolah. Haar, nak dipendekkan cerita saya tak pergi sebenarnya saya cuma tahu cerita ni dari mulut bebudak junior and senior yang pergi je. Takde tokok tambah, semua ORI. EH
Saya tak pergi sebab 2Perkara iaitu Allah bagi cuti kan so takut ada pape terjadi and satu lagi keadaan cuaca dekat Kuantan ni tak berapa nak elok. Hujan, ribut, petir semua ada. So cikgu pun sarankan dekat saya supaya tak pergi sebab 'berbahaya'. Sayang betul cikgu dekat saya mwehehehehhe. *muka mintak tangan*
Then okay saya decide pun taknak pergi lah kan untuk kebaikkan diri sendiri juga. Tengah ber-syok Tweeting tetiba Eryn cakap budak junior kitaorang kena rasuk and I was like YA ALLAH BIAR BETUL?!?!?!?! *muka terkejut + muka comel* Sumpah terkejut.........sebab ni first time rasa nya kena histeria or whatever.
Seram sejuk saya. Ni pun update blog sorang, kakak semua dekat bawah. Ditemani surah yassin yang dipasangkan dia youtube menjadi peneman untuk terus meng-update blog..........
Kes kena histeria ialah sebab budak perempuan tu 'terpijak' rambut makhluk halus tu. Wallahualam. Saya taktahu cerita, tapi yang saya tahu saya tak tokok tambah cerita tu. Then budak tu menjerit lah kan orang kena rasuk memang camtu. Then merebak lah dekat beberapa orang lain....
*selepas berapa hari*
SELASA : Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Sera telah digemparkan kerana terdapat beberapa orang pelajar 'terkena' histeria. Kejadian ini berlaku pada awal pagi kerana makhluk itu tidak berpuas hati lagi dengan 'pemijak' rambutnya itu. *YA ALLAH MEREMANG BULU ROMA* Okay kali ni saya serious sikit :p Tadi tak pergi sekolah sebab errr sebab saje nak tambah cuti 2hari termasuk esok HEHEHEHEHE. And decide petang dalam pukul 3:00pm nak pergi sekolah sebab ada latihan choir. *Tetttttt* *phone berbunyi* Form TWITTER. @ErynMuzmi Aktiviti dibatalkan kerana budak sekolah kita kena histeria. Woaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah terus call Eryn tanya semua benda haaa. Okay sumpah debor time niiiiii.
And nasib Eryn bagitu choir dibatalkan, kalau tidak memang haku pergi sekolah taktahu benda yang jadi T___T Eryn cakap Ustaz nak pagar sekolah malam ni. Ya Allah, lindungilah semua warga sekolah. Semoga semua berjalan dengan lancar.
Pejabat Pelajaran Daerah & Reporter pun datang. Hoyeaaaaaaaaaaaah famous sat sekolah gua HEHEHE k. Esok cari lah Sinar Harian. Mana tau ada SMKTOKSERA DISERANG HISTERIA. MANA TAHU lah kan :b Sekarang mybe dah reda semua tu. Budak budak yang kena histeria pun dah okay sikit. Ni haa saya nak share Cara Rawatan Cara Islam. Tak kira lah korang kena ke tak kena ke, kena amalkan juga semua benda ni kan? ;
1- Mengasingkan pesakit dari orang lain, seperti meletakkannya di bilik rawatan yang kondusif.
2- Sambil memegang kepala pesakit, azan dengan kuat sebanyak 7 kali pada bahagian telinga kiri.
3- Bacakan Surah Al-Fatihah dan Ayat Kursi.
4- Bacakan Surah Al-Mukminuun ayat 115 hingga 118.
5- Bacakan Surah Assoffaat ayat 1 hingga ayat 10.
6- Bacakan Surah Al-Jin ayat 1 hingga ayat 10.
7- Akhiri dengan membaca Tiga Qul. .
Semoga sekolah saya selamat. Dan semoga start sekolah hari khamis ni takda apa apa yang terjadi. Amin ya rabbal alamin.
....................................................................................................................................................................
"Saya cintakan awak kerana ALLAH dan oleh kerana itu saya menjaga hati dan iman saya juga kerana ALLAH. Buat masa ni kita 'kawan' shaja ye. Bila sampai masanya, akan saya hantar 'utusan' untuk menjadikan awak yg 'sah' buat saya dan menjadi peneman susah suka duka dalam menjulang syariat islam setingginya sekaligus peneman saya dan org yg terakhir saya lihat sebelum mata saya terpejam utk selama-lamanya"
Saya tertarik dan amat tertarik dengan ayat di atas :')
Sekian, Assalamualaikum :>
No comments:
Post a Comment