Search This Blog

Monday, 11 July 2011

Jauh di mata, dekat di hati..

Assalamualikum semua. Hi saya di sini :D

Kadang kadang kita tak sedar cinta jarak jauh tahan lebih lama berbanding cinta jarak dekat. Contohnya lah kan, bf/gf kita stay area negeri kita jugak. CInta jarak jauh myb kita kat M'sia, bf/gf kita stay London/Overseas myb? Bila tengok blog abang abang akak akak yang comel belaka, kebanyakkan nya cinta jarak jauh. Alahai sweet tahu? Siapa tak tahu, pegi try! Awak duduk jamban, bf/gf awak duduk dapur. Jauh lah tu hehehe joke!

As I know, Mkhadari punya gf orang Terengganu. And Bro Khad ni study dekat Moscow, Russia. Bakal jadi doktor. Tahniah Bro Khad :) Bila baca blog dea, banyak yang boleh dicontohi daripada sifat beliau. Yelah, ini baru lah nama cinta jarak jauh! Sweet gitu. Tak payah jumpa 2years, skype je. Kadang kadang cinta jarak jauh mengajar kita erti betapa sayangnya kita pada pasangan kita yang berada di lain. Betapa rindunya kita nak berjumpa dengan pasangan.

Mungkin kalau dah bercinta lebih dari 5years gitu, jodoh dari Allah s.w.t lah tu. Jangan ditolak. Kalau lah korang di takdirkan cinta jarak jauh, bersabar okayy. Dugaan Allah bagi untuk hambanya supaya lebih mencintai dan menyanyangi antara satu sama lain. Mengajar kita erti kerinduan sebenar apabila berada jauh. Macam kita berjauhan dengan family jugak, mesti rindu kan? Boleh jadi gila, if me lah.

Kalau saya kan. Saya naaaaaaakkkkkkkkk!... Sangat bercinta jarak jauh. Nak jauh jauh! Taknak dekat dekat. Nak bagi rindu tu terpendam sampai tiba masanya :) Tapi saya tak perlu fikir nak bercinta lagi. Pmr pun tak lepas lagi. Tak maksud saya nak bencinta jarak jauh kalau saya ni dapat pergi jauh dari orang tersayang. Cinta bukan hanya dengan pasangan kan? Saya cinta akan keluarga saya, kawan kawan dan the special one is Allah S.w.t. Takda orang boleh nilai betapa cintanya saya dekat cinta sejati saya.

Semua orang mesti sayang gila kan dekat couple masing masing. Kalau dah rasa korang tu cinta jarak jauh, pandai pandai lah jaga diri tu. Jangan nak bergatal dengan orang lain. No scandal for sure. And say no to 'curang'! Ni lah satu cara menghancurkan hubungan yang rapat.Err tak patut okay. Jangan jadi macam ni. Kalau korang salah seorang macam ni kan. Be careful, lama lama pasangan korang akan curang balik. Tak percaya? Just wait and see.

So teruskan bercinta dan tolong jangan pernah leka dengan percintaan. Belajar tetap belajar okay? *Acehhh


No comments:

Post a Comment