Hi semua. Tadi kan saya pergi kubur.
Saya mencari jodoh..
Eh eh bukan lah :(
Melawat kubur abang ketiga saya ;\ Haa sedih sangat. Tadi pergi berdua je. Dengan abang yang sorang lagi.
Assalamualikum Ya Ahli Kubur! Saya datang nak melawat arwah Amran Bin Ahmad! Abang saya :( Dia dah di ambil oleh Allah. Sebab Allah sayang dia. Saya pun sayang dia. Tapi nak buat macam mana, takdir dah menentukan. Saya redha jelah.
Angin yang meniup sayu.. Terdetik hati bila ingat balik saat bersama abang. Pernah jugak teringat dosa yang pernah aku buat dekat dia. Terkadang.. Hati tak dapat maafkan diri sendiri. Hanya Allah sahaja tahu betapa sedihnya ketika meratapi pemergian beliau. Air mata deras mengalir menandakan beliau sudah tiada di muka bumi ini. Kini.. Beliau berasa di sini Allah Maha Besar, Maha Mengetahui segalanya.
Ya Allah, ampunilah dosa dosa seluruh umat mu yang tiada lagi Ya Allah.
Berkatilah mereka Ya Allah. Jauhi lah seksa api neraka Ya Allah.
Kan best kalau...
Boleh berjumpa abang lagi :(
Boleh bercakap lagi..
Boleh bergurau lagi..
Boleh bermanja macam dulu lagi..
Tapi semua tu dah takboleh. Takboleh dikembalikan. Yang hidup pasti mati. Dan yang mati, pasti hidup? Oh tak tak. Mana ada. Yang mati tetap mati. Inalilah.
Sekian..
No comments:
Post a Comment