بِسْــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم
Assalamualaikum semua. Hi :)
Selamat Malam hehe okay kepada budak kecik, boleh pegi tidur skrg ye?
Nah malam ni nak update sebab ada satu rasa yang ingin diperkatakan. Rasa 'teringin nak belajar jauh'. Sesiapa rasa nak baca, teruskan. Kpd yang tknk, boleh tekan X ye? Tqvm.
STUDY HARD AND...... STUDY SIKIT, DAPAT BANYAK
Macam dalam buku yang saya beli tu, stdy sikit, dapat banyak. InsyaAllah dengan berbekalkan ilmu yang saya ada, hope cukup untuk makan kat dunia ni. Dengan izin Allah, semua akan berjalan lancar. Tadi berborak-borak dengan classmate, bercerita mengenai "Cinta jarak jauh" Haa terkejut tak? Hehe. Mula mula detik ni bermula dari sekolah haritu, saja takda topik nak berborak. Terborak pasal cinta. Kisah ni mengenai satu pasangan yang amat bahagia. Perempuan tu nama dea N, bf dea nama K. Deaorg punya percintaan, amat amat lah jauh! Sebab bf dea study dekat Moscow. Jauh sangat. Tiba-tiba tadi baru terbaca blog si bf dea, alamak sweet sangat. Surat untuk gf dea, Kakak N :) Kenapa korang sweet sangat? Gula-gula pun tk macam tu. Then terfikir sekejap, bf dea belajar jauh mesti pandai kan? Hmm then terdetik dalam hati nak jugak belajar jauh. Myb dengan cara ni, mama and baba happy dengan saya. How can I be like him? Bf dea ambik course Medical dekat Moscow. Medic okay medic, subjek yang paling susah nak ingat. Kalau nak jadi doktor memang kena ambik sc and math.
Dari kecik lagi cita-cita nak jadi doktor ataupun peguam. Tapi bila fikir balik, 'cukup ke aku nak jadi org berjaya kalau setakat main-main dalam kelas' Kadang-kadang perasaan ini kecewa dengan diri sendiri. Mungkin mama pun kecewa kalau dapat tahu anak dia mcm ni kan. Mak mana tak kecewa tengok anak sendiri gagal. Mungkin ada yang redha. Dengan izin Allah, aku boleh berjaya. Nak berjaya macam abang abang kakak kakak yang berjaya bergelar 'doc'. Nak jugak pangkat tu, InsyaAllah dengan Izin-NYA.
Dengan sengaja malam ni nak bermadah sikit yee hehe. Bukan bermadah cinta, tak ada kena mengena. Sajak ni dipetik oleh Dato' Ustazah Siti Norbayah Mahmood
Kalau jadi manusia,
jangan jadi manusia biasa-biasa,
Longgar jiwannya, rapuh imannya,
Sempit mindanya, gelap masa depannya,
Tetapi, jadilah manusia yang luar biasa,
Gah jiwannya, kental imannya, tertib solatnya,
Quran juadahnya, jauh pandanganya,
Gemilang masa depannya.
Amacam sajak ni? Seriously, best ever punya sajak. Ni jumpa dalam buku yang saya beli semalam. Ni pun dah cukup melambangkan semangat saya nak belajar bersungguh-sungguh. Dengan izin Allah, saya mampu berjaya. Dengan izin Allah, saya mampu menjadi wanita solehah. Dengan izin Allah, saya mampu menyahut cabaran di dunia. Dengan izin Alla, saya adalah idola masa depan:) Sekian terimkasih.
Saya nak jadi manusia LUAR BIASA!
Saya nak jadi manusia LUAR BIASA!
No comments:
Post a Comment