Search This Blog

Monday, 27 June 2011

Suntikan imunisasi

Assalamualaikum semua, hi :D Lama jugak saya tak update blog, ada yang rindu saya tak? Hihi. Kay saje nak bergurau senda maghrib maghrib ni. Seeloknya maghrib orang pegi solat, korang dah solat? Kalau dah solat bagus lah. Tadi dekat sekolah form3 semua kena suntikan 'kancing gigi' Tahu tak maksudnya apa?

Okay for information, meh sini baca apa yang saya nak membebel ni, suntikan ni dipanggil 'kancing gigi' sebab  
First at all, suntikan ni amat penting untuk diri sendiri, kawan dan malah juga keluarga. Sebab, kalau accident ke apa ke yang melibatkan kecederaan yang teruk akan menyebabkan kesakitkan, dalam kesakitan tu, mesti ramai yang 'kancing gigi' Korang tahu tak apa tu kancing gigi? Ya Allah tak tahu ke? Haa pegi tanya parents masing masing yee hihihi.

K lah senang cerita, Kancing gigi atau juga dikenali sebagai tetanus, mempunyai tanda-tanda seperti kekejangan otot yang menyakitkan. Ia merupakan keadaan perubatan berciri-ciri oleh pengucupan berpanjangan fiber otot kerangka. Simptom utama disebabkan oleh tetanospasminneurotoksin yang dihasilkan oleh Bakterium anearobik obligate Gram-positif Clostridium tetani. Jangkitan biasanya berlaku melalui jangkitan luka dan sering kali membabitkan cedera luka atau tusukan dalam. Ketika jangkitan berlaku, kekejangan otot berlaku pada rahang (dengan itu nama "kancing gigi") dan di tempat lain pada badan.


Jangkitan boleh dielakkan melalui pelalian yang betul dan prophylaxis selepas dedahan.[2] Kancing gigi merupakan sejenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut dan menjadi punca utama kematian di Asia dan Afrika.

Clostridium tetani dijangkiti melalui manusia, kuda dan haiwan berdarah panas. Saluran usus, luka dan spora, tanah, najis mengandungi bakteria ini. Risiko penyakit ini amat tinggi jika kecederaan berpunca daripada objek runcing dan tajam seperti jarum atau duri pokok yang tercemar yang berkemungkinan mencucuk spora jauh ke dalam kulit.

Tanda-tanda seseorang itu mendapat kancing gigi ialah kelesuan, ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras hingga terkancing gigi, susah tersenyum lebar, pengecutan otot yang kuat, kekejangan yang menyakitkan. Kancing gigi mengakibatkan keretakan (di tulang-tulang panjang, tulang belakang), kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan jantung dan trombosis. Kancing gigi hanya boleh dicegah melalui vaksinasi.

Conclusion nya, tadi saya dah kena. Dah suntikan itu amat amat lah melenguhkan tangan saya -___- Selamat mencuba! :b

No comments:

Post a Comment