Search This Blog

Sunday, 10 July 2011

Luahan rasa..

Assalamualikum w.b.t. Dengan izin Allah, saya kembali! Kembali meng-update blog. Entry kali ini amat menyentuh jiwa aku.. Setelah siap menyiapkan kerja rumah dan sebagainya. Tangan ku terus mencapai sebuah komputer bernama riba -komputer riba yee. Dengan rajinya, ku membaca satu blog yang telah menarik perhatian ku semenjak aku mendapat tau link blog itu. Ayat nya sungguh sadis. Beliau seorang bakal doktor yang kini berada di bumi kedua nya Russia.

Apabila ku membaca kesemua entry yang ditulis oleh nya. Banyak pengajaran yang dapat aku contohi dari beliau. Cabaran hidup di dunia ini. Untuk menjadi insan yang berguna untuk ibu bapa serta adik beradik. Blog beliau sangat memberi ku semangat untuk terus berjaya di dunia Allah ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sedih nya hatiku apabila aku tidak dapat memberikan yang terbaik buat keluargaku.

Semua manusia inginkan kejayaan, malah ada yang tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh. Bak erti kata lain, usaha tangga kejayaan. Seperti aku, aku tidak akan memberi tumpuan kepada pelajaran jika sesuatu yang aku suka buat datang kepada ku. Seperti melayari internet dan sebagainya. Jika dekat sekolah, berborak bergossip adalah kerja harian ku. Malah sekarang, semua itu sudah berubah.. Kenapa?

Seperti yang aku cakap, semua manusia berubah. Sama seperti kawan kawan karib ku. Kini, tiada lagi suka didalam hidup ku tanpa mereka. Malah duka yang menghampir ku. Ini punca daripada aku ingin berjaya. Berjaya di dalam Pmr yang bakal aku hadapi tahun ini. Majoriti berkata pmr dah tak penting skrg, Spm lagi penting. Tapi.. Bagi aku, kesemua peperiksaan amat penting. Walaupun bukan untuk masa depan. Semua itu ujian, ujian yang perlu dan wajib kita hadapi..

Dengan Izin Allah, aku meminta semoga buka kan lah hati ku untuk terus belajar demi mencapai kejayaan hidup. Tiada yang lain ku minta kecuali aku berbuat demikian hanya untuk ibuku. Ibu yang telah mengandungkan ku selama sekian lama nya. Dan kini ibu telah menjaga aku sehingga aku mencecah usia 15tahun.Tiba masa nya aku perlu berbakti pada ibu. Hanya dengan kejayaan aku dapat membalas jasa nya di dunia ini.

Facebook status update ;




Inilah saat bila langsung tak bersemangat. Tak ready untuk pmr. Apakah daya :( Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Semoga dengan doa kalian semua, aku dapat menempuhi cabaran duniawi ini.

Take a look to a great brother ever! MKhadari.

No comments:

Post a Comment